Wednesday, November 7, 2012

17 November 2012 @ Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur

Salam kaki pancing...jangan lupa siri 4..Jelajah Joran Kuala Lumpur di Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, pada 17 Nov 2012 (Sabtu) yuran RM20 je...juara RM5k, kedua 2K ketiga 1k...hingga ke 50 wang tunai...jom ramai-ramai serbu...Daftar pada 16 Nov 2012 (jumaat) jam 3 petang di Tasik Permaisuri.



Perlepasan ikan bagi acara JELAJAH JORAN KL @ Tasik Permaisuri - 12 November 2012




Wednesday, October 10, 2012

PERCUMA...AYUH SERTAINYA!!!


REBUT PELUANG KEEMASAN...
MENANGI HADIAH SAPU BERSIH DI PERTANDINGAN MEMANCING PADA 21 OKTOBER 2012 DI TASIK TITIWANGSA.

HUBUNGI NO. TEL. YANG TERTERA DI ATAS UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Saturday, September 15, 2012


Siri 2 Jelajah Joran Kuala Lumpur...pada 29 September 2012

(Sabtu)...daftar hari Jumaat (28/9/12) jam 3 petang hingga jam 

12 tengah malam.




Sunday, September 2, 2012

Saturday, May 12, 2012


Monday, March 26, 2012

Juara Tasik BOTANI Perdana...tahniah...


JUARA : Encik Faizal Yusri a/l Bah Nyai - Ikan Tongsan Sisik Kasar 5.355kg

KEDUA : Encik Shamsul Anadun (Hadun) - Ikan Koi 3.200kg

KETIGA : Encik Mohd Nasir Hussain - Ikan Temoleh 3.165kg


Monday, March 19, 2012

Peta lokasi pertandingan memancing tasik botanic , (tasik perdana)

Sebanyak 4 hakim akan disediakan untuk kaki pancing. bagi mudahkan membawa ikan yang dinaikkan (bolt) ke meja hakim yang berdekatan. mashall bermotor turut disediakan. memancing sambil riadah bersama keluarga dan PENTING biar la jujur.

keputusan hakim adalah muktamad,

Tuesday, March 6, 2012

Sunday, February 26, 2012

Tahniah...kaki pancing Tasik Permaisuri...2012



Juara : Encik Kasim bin Sabini

Kedua : Encik Anuar bin Kalit

Ketiga : Encik Mohd Rizal bin Ramli

Wednesday, February 15, 2012

MAKLUMAN TERKINI...

Pihak penganjur memutuskan pertukaran lokasi pertandingan memancing sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dari Taman Tasik Titiwangsa KEPADA Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Tarikh dan masa tidak berubah...Harap maklum kepada semua Kaki-Kaki Pancing Seluruh Negara...Terima Kasih...Admin

KAUNTER PENDAFTARAN AKAN DIBUKA MULAI 20HB FEBRUARI SEHINGGA 24HB FEBRUARI DARI JAM 10 PAGI - JAM 7 MALAM DAN PADA 25HB FEBRUARI DARI JAM 10 PAGI - TENGAH MALAM

Friday, February 10, 2012

Borang Penyertaan Pancing Hari Wilayah Persekutuan 2012





PENGUMUMAN PENTING & TERKINI !!!

HARAP MAKLUM TERHADAP

PERUBAHAN MASA : 8 PAGI HINGGA 12 TENGAHARI

Syarat Penyertaan:

  • Terbuka kepada semua pemancing.
  • Yuran Pendaftaran RM30.00 untuk satu joran/dua mata.
  • Cek tidak diterima.
  • Resit sementara mesti dibawa pada hari pertandingan sebagai bukti penyertaan.
  • Joran yang berpelekat (warna) sahaja dibenarkan.
  • Tag peserta hendaklah dipakai sepanjang pertandingan di zon memancing.
  • Pertukaran tag peserta tidak dibenarkan sama sekali.
  • Acara akan dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan berakhir 12.00 tengahari.
  • Hanya kategori ikan terberat akan dipertandingkan.
  • Umpan organ haiwan dibenarkan.
  • DILARANG pengunaan umpan tiruan, mata tiga, tiga mata bertangkai, koyan dan pelampung.
  • Ikan yang dipancing mesti hidup, segar dan diserahkan ke meja penghakiman.
  • Ikan yang dinaikkan hendaklah bolt (dalam mulut).
  • Peserta yang tidak mematuhi peraturan secara automatik dikira terkeluar daripada pertandingan.
  • IKAN KELI dikategori sebagai HADIAH KHAS untuk dipertandingkan.
  • HADIAH SAPU BERSIH tidak termasuk hadiah khas dan cabutan bertuah.
  • Ikan adalah hak milik pihak penganjur
  • Bantahan terhadap keputusan pertandingan hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa 15 minit selepas pertandingan dengan menyertakan RM200.00. Wang tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.
  • Pihak penganjur tidak bertanggungjawab di atas keselamatan peserta.
  • Penganjur berhak menukar tarikh dan masa pertandingan atas sebab-sebab teknikal.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.

Karnival Pancing Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur sempena Hari Wilayah 2012 ...Borang Penyertaan



Tuesday, January 3, 2012

Pertandingan Memancing Pembuka Tirai 2012 @ Tasik Londa Naga, Kuala Pilah, Negeri Sembilan


Perhatian kepada semua kaki pancing, anda boleh mendaftar bagi menyertai pertandingan memancing ini pada bila-bila masa.

Sila hubungi nombor telefon yang tertera berikut:-