Thursday, December 23, 2010

Moh Meriahkan..Tasik Londa Naga, Sri Menanti


Pendaftaran DiBUKA mulai hari ini!!

Karnival Pancing Sri Menanti
Sempena Hari Keputeraan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke 63
Tarikh : 15 Januari 2011 (Sabtu) Tempat : Tasik Londa Naga, Sri Menanti, Negeri Sembilan Masa : 11.00 pagi - 3.00 petang
T-Shirt, Pas Peserta dan Nombor Bertuah boleh dituntut pada 14 Januari 2011 (Jumaat)
Jam 3.00 petang bertempat di meja urusetia Tasik Londa Naga, Sri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

300 T-Shirt Peserta Awal & Cabutan Bertuah Disediakan

SYARAT PENYERTAAN:
  • Terbuka kepada semua pemancing
  • Yuran Pendaftaran RM30.00 untuk satu joran/dua mata
  • Cek tidak diterima
  • Resit sementara mesti dibawa pada hari pertandingan sebagai bukti penyertaan
  • Hanya kategori ikan terberat akan dipertandingkan
  • Joran yang berpelekat (warna) sahaja dibenarkan
  • Tag peserta hendaklah sentiasa dipakai sepanjang pertandingan di zon memancing
  • Pertukaran tag peserta tidak dibenarkan sama sekali
  • Acara akan dimulakan pukul 11.00 pagi dan berakhir pukul 3.00 petang
  • Penggunaan umpan tiruan, mata tiga, tiga mata bertangkai, koyan dan pelampung adalah dilarang
  • Umpan organ haiwan dibenarkan
  • Ikan yang dipancing mesti hidup, segar dan diserahkan ke meja penghakiman
  • Ikan yang dinaikkan hendaklah bolt (dalam mulut)
  • Peserta yang tidak mematuhi peraturan secara automatik dikira terkeluar daripada pertandingan
  • Bantahan terhadap keputusan pertandingan hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa 15 minit selepas pertandingan dengan menyertakan RM200.00
  • Wang tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak
  • Pihak penganjur tidak bertanggungjawab di atas keselamatan peserta
  • Penganjur berhak menukar tarikh pertandingan atas sebab-sebab teknikal
  • Ikan adalah hak milik penganjur
  • HADIAH SAPU BERSIH
  • KEPUTUSAN HAKIM adalah MUKTAMAD
Dapatkan Borang & Keterangan Lanjut Di :

06-4811520 (JPS Kuala Pilah)
019-6047076 (Kuala Pilah)

012-2846811 (Seremban)
019-3522046 (Kuala Lumpur)

atau email kepada : jomkakipancing@yahoo.com untuk mendapatkan borang penyertaan

Rujukan :


video