Pendaftaran DiBUKA mulai hari ini!!
Sempena Hari Keputeraan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke 63
Tarikh : 15 Januari 2011 (Sabtu) Tempat : Tasik Londa Naga, Sri Menanti, Negeri Sembilan Masa : 11.00 pagi - 3.00 petang
T-Shirt, Pas Peserta dan Nombor Bertuah boleh dituntut pada 14 Januari 2011 (Jumaat)
Jam 3.00 petang bertempat di meja urusetia Tasik Londa Naga, Sri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
SYARAT PENYERTAAN:
- Terbuka kepada semua pemancing
- Yuran Pendaftaran RM30.00 untuk satu joran/dua mata
- Cek tidak diterima
- Resit sementara mesti dibawa pada hari pertandingan sebagai bukti penyertaan
- Hanya kategori ikan terberat akan dipertandingkan
- Joran yang berpelekat (warna) sahaja dibenarkan
- Tag peserta hendaklah sentiasa dipakai sepanjang pertandingan di zon memancing
- Pertukaran tag peserta tidak dibenarkan sama sekali
- Acara akan dimulakan pukul 11.00 pagi dan berakhir pukul 3.00 petang
- Penggunaan umpan tiruan, mata tiga, tiga mata bertangkai, koyan dan pelampung adalah dilarang
- Umpan organ haiwan dibenarkan
- Ikan yang dipancing mesti hidup, segar dan diserahkan ke meja penghakiman
- Ikan yang dinaikkan hendaklah bolt (dalam mulut)
- Peserta yang tidak mematuhi peraturan secara automatik dikira terkeluar daripada pertandingan
- Bantahan terhadap keputusan pertandingan hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa 15 minit selepas pertandingan dengan menyertakan RM200.00
- Wang tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak
- Pihak penganjur tidak bertanggungjawab di atas keselamatan peserta
- Penganjur berhak menukar tarikh pertandingan atas sebab-sebab teknikal
- Ikan adalah hak milik penganjur
- HADIAH SAPU BERSIH
- KEPUTUSAN HAKIM adalah MUKTAMAD
06-4811520 (JPS Kuala Pilah)
019-6047076 (Kuala Pilah)
012-2846811 (Seremban)
019-3522046 (Kuala Lumpur)
atau email kepada : jomkakipancing@yahoo.com untuk mendapatkan borang penyertaan
Rujukan :
No comments:
Post a Comment