Jom Kaki Pancing
  • Home
  • About Us
  • JelajahJoranKL
  • Products
  • Contact

Monday, April 9, 2012

Jom ada Berani....Port Dickson 2012..pada 5 Mei 2012 (Sabtu)..Pantai Bagan Pinang..HADIAH SAPU BERSIH



Posted by JomKakiPancing at 12:10 AM 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Lagu-Lagu Pilihan


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Blog Archive

  • ►  2010 (9)
    • Jun 2010 (6)
    • Jul 2010 (2)
    • Dec 2010 (1)
  • ►  2011 (8)
    • Jan 2011 (2)
    • Apr 2011 (1)
    • May 2011 (3)
    • Jun 2011 (1)
    • Dec 2011 (1)
  • ▼  2012 (17)
    • Jan 2012 (1)
    • Feb 2012 (4)
    • Mar 2012 (4)
    • Apr 2012 (1)
    • May 2012 (1)
    • Sep 2012 (2)
    • Oct 2012 (1)
    • Nov 2012 (3)
  • ►  2013 (2)
    • Jan 2013 (1)
    • Apr 2013 (1)

KARNIVAL KAKI PANCING PORT DICKSON 2012

Kepada para kaki pancing seluruh negara...nantikan karnival kaki pancing Port Dickson 2012 bakal menanti para pemancing pada bulan Mei 2012.....Sempena Pesta Air Peringkat Negeri Sembilan 2012..

perubahan masa pertandingan

maklumat penting......
pihak dbkl memutuskan perubahan masa pertandingan dari 9 pagi hingga 1 tengahari kepada 2 petang hingga 6 petang. tarikh pertandingan tetap hari sabtu.
ini disebabkan perasmian pameran bonsai dan orkid kuala lumpur.....harap maklum

Jom Daftar Kaki Pancing

Jom Daftar Kaki Pancing
24 Mac 2012 (Sabtu) jam 9 pagi - 1 tengahari

Pancing BOTANI Perdana tunggu kaki pancing...

Pancing BOTANI Perdana meriahkan Pameran orkid, bonsai

KUALA LUMPUR: Bagi mempromosikan Taman Botani Perdana kepada pengunjung tempatan dan luar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Pameran Bonsai dan Orkid Kuala Lumpur 2012 di taman itu, bermula 23 hingga 27 Mac ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, pameran julung kali itu sempena penganjuran Formula Satu (F1) di Sepang dan kehadiran pelancong dari luar di harap akan dapat memeriahkan lagi acara itu.


Menurutnya, ini adalah aktiviti pertama yang diadakan di taman itu sejak dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 28 Jun tahun lalu dan pelbagai acara menarik disediakan bertujuan memberikan pendedahan mengenai bonsai dan orkid kepada pengunjung.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik disediakan meliputi keseluruhan peringkat umur seperti pertandingan grafiti bertemakan flora, pertandingan melukis dan mewarna, persembahan kebudayaan, pertandingan gubahan dan pelbagai lagi aktiviti lain.


“Bagi menarik orang ramai terutamanya golongan muda, pada 24 Mac ini kami akan membawa bintang bola sepak terkenal dunia seperti Fernando Morientes, Fabio Cannavaro dan Michel Salgado. “Saya berharap seramai mungkin pengunjung hadir, lebih-lebih lagi tiada bayaran dikenakan,” katanya.

YURAN RM20 REBUT RM3000..HADIAH SAPU BERSIH

Pertandingan Memancing Taman Tasik Botani Perdana pada 24 Mac 2012 (Sabtu) dijangka menarik perhatian lebih 800 kaki pancing.

Pertandingan yang terbuka untuk penyertaan seluruh negara itu bakal menyaksikan juara membawa pulang RM3,000 bersama piala, naib juara RM2,000 manakala ketiga RM1,000.

Hadiah wang tunai RM150 turut disediakan kepada pemenang tempat keempat hingga 10 manakala RM100 untuk peserta di tempat ke-11 hingga 20.

Peserta yang menduduki tempat ke-21 hingga 30 pula akan menerima RM50 dan di tempat 31 hingga 40 menerima RM20.

Hadiah wang tunai turut disediakan dalam kategori khas keli iaitu juara RM300, naib juara RM200 dan ketiga RM100. Paling menarik hadiah sapu bersih.

Pertandingan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu memilih pemenang berdasarkan ikan terberat.

Ia akan berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan, DBKL, Tuan Idzawi Raja Ismail berkata, pertandingan memancing diadakan sempena Pamean Kuala Lumpur Bonsai & Orkid yang berlangsung pada 23 hingga 27 Mac 2012 ini.

"Kuanter pendaftaran akan dibuka Jumaat depan pada pukul 10 pagi di khemah Uru Setia Pancing," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat semalam.

Sebanyak 2 tan pelbagai spesis ikan akan dilepaskan antaranya pacu, patin, rohu dan keli.

Yuran pendaftaran pertandingan ialah RM20 untuk sebatang joran dan peserta berpeluang mendapat hadiah menerusi cabutan bertuah yang menyediakan 50 hadiah.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dengan menghubungi urus setia di talian 019-352 2046,013-3052811, 017-3727420 atau 011-1061 2001.


Sipnosis Pancing hari Wilayah Persekutuan 2012

RM13,000 tunggu kaki pancing hari Wilayah Persekutuan 2012

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Hadiah berjumlah lebih RM13,000 bakal menjadi rebutan dalam pertandingan memancing sempena Hari Wilayah Persekutuan di Taman Tasik Permaisuri, Cheras pada 26 Februari ini.

Pertandingan yang terbuka untuk penyertaan seluruh negara itu bakal menyaksikan juara membawa pulang RM5,000, naib juara RM3,000 manakala ketiga RM1,000.

Hadiah wang tunai RM200 turut disediakan kepada pemenang tempat keempat hingga 10 manakala RM100 untuk peserta di tempat ke-11 hingga 20.

Peserta yang menduduki tempat ke-21 hingga 40 masing-masing turut menerima hadiah wang tunai.

Hadiah wang tunai turut disediakan dalam kategori khas keli iaitu juara RM300, naib juara RM200 dan ketiga RM100.

Pertandingan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu memilih pemenang berdasarkan ikan terberat.

Ia akan berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Tuan Idzawi Raja Ismail berkata, 700 peserta pertama akan mendapat baju T.

"Penyertaan dibuka kepada kaki pancing seluruh negara. Walaupun pertandingan ini dibuat sempena Hari Wilayah tetapi kami mahu semua rakyat meraikannya," katanya.

Beliau berkata sebanyak satu tan ikan akan dilepaskan ke dalam Tasik Permaisuri untuk pertandingan itu.

Ikan-ikan itu ialah pacu, patin, rohu dan keli.

Tuan Idzawi menjangkakan pertandingan itu akan disertai 1,000 peserta berdasarkan sambutan hangat pada tahun-tahun sebelumnya.

"Jumlah hadiah pertandingan, kami sengaja tidak menaikkan atau menurunkan jumlahnya kerana pertandingan ini lebih berorientasikan berseronok bersama keluarga dan memeriahkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan," katanya.

Yuran pendaftaran pertandingan ialah RM30 untuk sebatang joran dan peserta berpeluang mendapat hadiah menerusi cabutan bertuah yang menyediakan 200 hadiah manakala F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. menaja minuman 100 Plus.

Pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia pertandingan di Taman Permainan Kanak, Taman Tasik Permaisuri bermula 20 Februari hingga 25 Februari 2012 dari jam 10 pagi hingga 7 mlm.

Baju T, pas peserta dan nombor bertuah boleh dituntut pada Sabtu 25 Feb ini di meja urus setia.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut serta borang pertandingan dengan melayari http:// jomkakipancing-team.blogspot.com atau menghubungi urus setia di talian 019-3522046, 013-3052811, 017-3727420 atau 012-2846811.

Juara tahun 2011...hari Wilayah Persekutuan..Tahniah

Juara tahun 2011...hari Wilayah Persekutuan..Tahniah

Pelepasan Ikan

Pelepasan Ikan



Lokasi Pertandingan

Lokasi Pertandingan

Keratan Akhbar

Keratan Akhbar

About Me

My photo
JomKakiPancing
Hubungi Urusetia Pancing:- 019-3522046 (Nordin) 013-3052811 (Idris) 013-2667011 (Syukur) 017-3727420 (Wazir) 012-2846811 (Aley) TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG KAMI BERINFORMASI BERMOTIVASI MEMBINA JATI DIRI Sebarang pertanyaan sila : emel - jomkakipancing@yahoo.com atau hubungi 012-2846811 - Ali 019-3522046 - Nordin Kami juga dapat membantu anda bagi : ** Mencetak Bunting-Banner-Backdrop-murah 80 sen sekaki **Tempahan Kanopi ** Mencetak T-Shirt
View my complete profile

Followers

Pages

  • Home
  • Galeri

jom borak pancing

MAKLUMAN PENTING....

Kepada semua warga kaki pancing...pihak DBKL tidak membenarkan pemasangan khemah di sekitar kawasan tasik. Ini disebabkan Pameran Bonsai dan Orkid Kuala Lumpur yang berlangsung di Taman Botani Perdana.
Kenderaan turut tidak dibenarkan melainkan tempat letak kereta yang disediakan...harap maklum....

2 Tan pelbagai spesis akan dilepaskan

Pihak penganjur akan melepaskan sebanyak 2 tan pelbagai spesis ikan antaranya patin, pacu, keli dan rhu untuk kaki pancing yang menyertai .........

PENDAFTARAN KARNIVAL PANCING TASIK BOTANI PERDANA

Pendaftaran akan dibuka pada 23 Mac 2012 (Jumaat) jam 10 pagi hingga esoknya (24 Mac 2012- Sabtu) bagi memudahkan pihak pentadbiran.

Pancang dibenarkan jam 7 pagi. Pihak mashall akan membuat rondaan atas pancang-pancang yang di diletakkan awal sebelum waktunya.

Hubungi Urusetia Pancing:-

019-3522046 (Nordin)
013-3052811 (Idris)
013-2667011 (Syukur)
017-3727420 (Wazir)
012-2846811 (Aley)

MAKLUMAN

Karnival Pancing Tasik BOTANI Perdana pada 24 Mac 2012 sempena Pameran Kuala Lumpur Bonsai & Pameran Orkid yang bermula pada 23 hingga 27 Mac 2012 di Taman BOTANI Perdana, Kuala Lumpur...Jom ramai-ramai meriahkan....macam-macam ada..

Keratan Akhbar 2012

Keratan Akhbar 2012




Majlis Pelepasan Ikan..1 Tan Pelbagai Spesis

Majlis Pelepasan Ikan..1 Tan Pelbagai Spesis



Tuntutan Pas Penyertaan

KARNIVAL PANCING TASIK PERMAISURI 2012:
Tuntutan T Shirt/Pas Peserta dan Nombor Bertuah pada
25 Feb 2012 (Sabtu) jam 3 Petang di Khemah Urusetia Pancing, Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.
(Nota : Sila bawa keratan bayaran semasa tuntutan T Shirt...terima kasih)

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG KAMI

BERINFORMASI BERMOTIVASI MEMBINA JATI DIRI

Sebarang pertanyaan sila :
emel - jomkakipancing@yahoo.com
atau hubungi
012-2846811 - Ali
019-3522046 - Nordin

Kami juga dapat membantu anda bagi :

** Mencetak Bunting-Banner-Backdrop-murah 80 sen sekaki

**Tempahan Kanopi

** Mencetak T-Shirt

Harganya BERBALOI-BALOI

Tahniah dan Terima Kasih Semua Krew Jom Kaki Pancing..Anda Cemerlang

Tahniah dan Terima Kasih Semua Krew Jom Kaki Pancing..Anda Cemerlang

Total Pageviews



Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.