Sunday, February 26, 2012

Tahniah...kaki pancing Tasik Permaisuri...2012



Juara : Encik Kasim bin Sabini

Kedua : Encik Anuar bin Kalit

Ketiga : Encik Mohd Rizal bin Ramli

Wednesday, February 15, 2012

MAKLUMAN TERKINI...

Pihak penganjur memutuskan pertukaran lokasi pertandingan memancing sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dari Taman Tasik Titiwangsa KEPADA Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Tarikh dan masa tidak berubah...Harap maklum kepada semua Kaki-Kaki Pancing Seluruh Negara...Terima Kasih...Admin

KAUNTER PENDAFTARAN AKAN DIBUKA MULAI 20HB FEBRUARI SEHINGGA 24HB FEBRUARI DARI JAM 10 PAGI - JAM 7 MALAM DAN PADA 25HB FEBRUARI DARI JAM 10 PAGI - TENGAH MALAM

Friday, February 10, 2012

Borang Penyertaan Pancing Hari Wilayah Persekutuan 2012





PENGUMUMAN PENTING & TERKINI !!!

HARAP MAKLUM TERHADAP

PERUBAHAN MASA : 8 PAGI HINGGA 12 TENGAHARI

Syarat Penyertaan:

  • Terbuka kepada semua pemancing.
  • Yuran Pendaftaran RM30.00 untuk satu joran/dua mata.
  • Cek tidak diterima.
  • Resit sementara mesti dibawa pada hari pertandingan sebagai bukti penyertaan.
  • Joran yang berpelekat (warna) sahaja dibenarkan.
  • Tag peserta hendaklah dipakai sepanjang pertandingan di zon memancing.
  • Pertukaran tag peserta tidak dibenarkan sama sekali.
  • Acara akan dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan berakhir 12.00 tengahari.
  • Hanya kategori ikan terberat akan dipertandingkan.
  • Umpan organ haiwan dibenarkan.
  • DILARANG pengunaan umpan tiruan, mata tiga, tiga mata bertangkai, koyan dan pelampung.
  • Ikan yang dipancing mesti hidup, segar dan diserahkan ke meja penghakiman.
  • Ikan yang dinaikkan hendaklah bolt (dalam mulut).
  • Peserta yang tidak mematuhi peraturan secara automatik dikira terkeluar daripada pertandingan.
  • IKAN KELI dikategori sebagai HADIAH KHAS untuk dipertandingkan.
  • HADIAH SAPU BERSIH tidak termasuk hadiah khas dan cabutan bertuah.
  • Ikan adalah hak milik pihak penganjur
  • Bantahan terhadap keputusan pertandingan hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa 15 minit selepas pertandingan dengan menyertakan RM200.00. Wang tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.
  • Pihak penganjur tidak bertanggungjawab di atas keselamatan peserta.
  • Penganjur berhak menukar tarikh dan masa pertandingan atas sebab-sebab teknikal.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.

Karnival Pancing Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur sempena Hari Wilayah 2012 ...Borang Penyertaan



Tuesday, January 3, 2012

Pertandingan Memancing Pembuka Tirai 2012 @ Tasik Londa Naga, Kuala Pilah, Negeri Sembilan


Perhatian kepada semua kaki pancing, anda boleh mendaftar bagi menyertai pertandingan memancing ini pada bila-bila masa.

Sila hubungi nombor telefon yang tertera berikut:-









Sunday, December 25, 2011

JANUARI 2012 @ TASIK LONDA NAGA, KUALA PILAH, N9



PEMENANG-PEMENANG

JUARA : ENCIK ASRI B ABU BAKAR - Ikan Pacu 2.590kg
KEDUA : ENCIK NASARUDDIN - Ikan Ketutu 0.135kg
KETIGA : ENCIK ASRI B ABU BAKAR - Ikan Belida 0.110kg


HADIAH KHAS IKAN KELI

JUARA : MUHAMMAD HIJRAH - 2.830kg
KEDUA : ABDUL YUNUS - 2.760kg
KETIGA : ZAHAR B SAAD - 2.690kg

Tuesday, June 14, 2011

Fiesta Memancing 70 Tahun Mastika







Pertandingan Memancing Sempena MASTIKA 70 Tahun
Tarikh : 26 Jun 2011
Masa : 9 pagi hingga 1 tengahari
Tempat : Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur