Monday, March 5, 2012
Sunday, February 26, 2012
Wednesday, February 15, 2012
MAKLUMAN TERKINI...
Pihak penganjur memutuskan pertukaran lokasi pertandingan memancing sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dari Taman Tasik Titiwangsa KEPADA Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Tarikh dan masa tidak berubah...Harap maklum kepada semua Kaki-Kaki Pancing Seluruh Negara...Terima Kasih...Admin
KAUNTER PENDAFTARAN AKAN DIBUKA MULAI 20HB FEBRUARI SEHINGGA 24HB FEBRUARI DARI JAM 10 PAGI - JAM 7 MALAM DAN PADA 25HB FEBRUARI DARI JAM 10 PAGI - TENGAH MALAM
Friday, February 10, 2012
Borang Penyertaan Pancing Hari Wilayah Persekutuan 2012

PENGUMUMAN PENTING & TERKINI !!!
HARAP MAKLUM TERHADAP
PERUBAHAN MASA : 8 PAGI HINGGA 12 TENGAHARI
Syarat Penyertaan:
- Terbuka kepada semua pemancing.
- Yuran Pendaftaran RM30.00 untuk satu joran/dua mata.
- Cek tidak diterima.
- Resit sementara mesti dibawa pada hari pertandingan sebagai bukti penyertaan.
- Joran yang berpelekat (warna) sahaja dibenarkan.
- Tag peserta hendaklah dipakai sepanjang pertandingan di zon memancing.
- Pertukaran tag peserta tidak dibenarkan sama sekali.
- Acara akan dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan berakhir 12.00 tengahari.
- Hanya kategori ikan terberat akan dipertandingkan.
- Umpan organ haiwan dibenarkan.
- DILARANG pengunaan umpan tiruan, mata tiga, tiga mata bertangkai, koyan dan pelampung.
- Ikan yang dipancing mesti hidup, segar dan diserahkan ke meja penghakiman.
- Ikan yang dinaikkan hendaklah bolt (dalam mulut).
- Peserta yang tidak mematuhi peraturan secara automatik dikira terkeluar daripada pertandingan.
- IKAN KELI dikategori sebagai HADIAH KHAS untuk dipertandingkan.
- HADIAH SAPU BERSIH tidak termasuk hadiah khas dan cabutan bertuah.
- Ikan adalah hak milik pihak penganjur
- Bantahan terhadap keputusan pertandingan hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa 15 minit selepas pertandingan dengan menyertakan RM200.00. Wang tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.
- Pihak penganjur tidak bertanggungjawab di atas keselamatan peserta.
- Penganjur berhak menukar tarikh dan masa pertandingan atas sebab-sebab teknikal.
- Keputusan hakim adalah muktamad.
Tuesday, January 3, 2012
Pertandingan Memancing Pembuka Tirai 2012 @ Tasik Londa Naga, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Perhatian kepada semua kaki pancing, anda boleh mendaftar bagi menyertai pertandingan memancing ini pada bila-bila masa.
Sila hubungi nombor telefon yang tertera berikut:-

Sunday, December 25, 2011
JANUARI 2012 @ TASIK LONDA NAGA, KUALA PILAH, N9
Subscribe to:
Posts (Atom)


